Saturday, April 7, 2012

TEKNIK BELAJAR

SQ3R
1.  SURVEY (TINJAU)
- Baca tajuk, tajuk kecil dan rumusan suatu bab
- Dapatkan gambaran secara kasar
2.  QUESTION (SOAL)
- Bina soalan seperti apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa, bila dan sebagainya
3.  READ (BACA)
- Baca bagi mendapatkan idea, mengumpul fakta dan memahami keseluruhan atau bab.
- Gunakan idea atau fakta itu bagi menjawab soalan yang sudah dibina.
4.  RECITE (LAFAZ)
- Baca, ingat, tutup buku, ingat dan buka buku semak semula. Jika tidak ingat, ulang proses yang sama.
5.  REVIEW (ULANGKAJI)
 - Catat semua fakta atau isi penting
- Buat nota ringkas, peta minda, peta konsep, carta aliran, kad istillah dan sebagainya .


OK4R
1.      OVERVIEW (GAMBARAN KESELURUHAN )
§  Sediakan bahan untuk dibaca misalnya satu bab daripada buku teks atau buku rujukan
§  Baca bahan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran hubungan antara topik, subtopik dan susunan bahan secara umum.
§  Baca tajuk utama, tajuk-tajuk kecil dan rumusan pada akhir bab.
§  Pembacaan adalah bagi mendapatkan gambaran umum berkenaan dengan bab yang sedang anda baca.

2.      KEY IDEAS (IDEA KATA KUNCI)
§  Kenal pasti perkataan utama atau kata kunci dalam setiap tajuk, subtajuk dan rumusan yang sudah anda baca. Langkah ini membolehkan anda mendapatkan sedikit idea berkenaan dengan bahan yang anda akan baca.
§  Tukar tajuk atau subtajuk daripada bentuk kenyataan kepada bentuk soalan.
3.  READ (BACA)
§  Baca secara intensif bagi mengumpul kata kunci, fakta atau isi-isi penting yang ada dalam bab yang dibaca.
§  -Kenal pasti di mana letaknya jawapan bagi soalan yang dikemukakan derdasarkan tajuk atau subtajuk. Cuba perhatikan cara idea kata kunci disokong oleh fakta atau isi-isi penting.
4.  RECALL (MENGINGAT KEMBALI )
§  Selepas membaca, pastikan sama ada anda dapat mencatatkan semua kata kunci dan isi-isi penting yang sudah dikenal pasti.
5.  REFLECT (IMBAS KEMBALI)
§  Imbas semua kata kunci dan isi-isi penting daripada bab yang sudah dibaca.
§  Sesuaikan kata kunci dan isi-isi penting itu dengan olahan atau susunan yang serasi dengan anda seperti dalam bentuk peta minda, peta konsep, carta aliran, jadual dan sebagainya.
6.   REVIEW (ULANGKAJI)
§  Lihat semula bab yang sudah dibaca beberapa kali secara sepintas lalu.
§  Aspek ini perlu diberi penekanan dan dibuat secara berterusan supaya anda dapat memastikan tiada kata kunci dan isi-isi penting yang tertinggal. Lengkapkan catatan anda.

No comments:

Post a Comment