Saturday, April 7, 2012

KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA

PENGENALAN:

Nota ialah catatan bertulis tentang tajuk, perkara yang didengar, dibaca atau dipelajarinya untuk rujukan pada masa hadapan.

1.Catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan tajuk atau perkara yang dibaca atau didengar.

2. Pelajar yang pintar mesti mencatat ajaran guru, bahan bacaan yang ditatap pada buku teks, buku rujukan, atau bahan pengetahuan yang didengar dalam seminar atau daripada radio dan televisyen.
MATLAMAT:

1.Pelajar mengetahui bahawa semua nota pasti dapat dirujuk dari semasa ke semasa dan di merata tempat.

2.Oleh sebab itu, semua nota atau catatan perlu ditulis atau disimpan dalam buku kecil yang disebut “Buku Nota”. Buku Nota ini kecil dan comel supaya mudah disimpan dan dibawa.
APA YANG DI PERLU DIBUAT PADA NOTA:

1.Anda perlu mencatat nota semasa mendengar guru mengajar, membaca dan mengulang kaji pelajaran.

2.Anda perlu mencatat nota untuk membantu memahami pelajaran, mengingat, menyimpan maklumat dan isi-isi penting.

3.Kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran mendengar, membaca pantas dan menulis 

4.Peringkat penulisan nota ialah nota sebelum kelas, semasa kelas, tambahan dan pindaan.

5.Sumber untuk membuat nota diperoleh dari buku, guru, rakan-rakan serta program televisyen, radio, internet dan sebagainya.

CIRI-CIRI CATATAN NOTA YANG BAIK

1.Mengandungi rangka kasar perkembangan ceramah /pengajaran.

2.Terdiri daripada isi-isi penting.

3.Tulis / catat dengan pantas, ringkas dan padat.

4.Catatan terang, boleh dibaca dan mudah difahami.
5.Catatan perlu mengandungi butiran rujukan seperti tajuk, nama penceramah/ guru dan tarikh.
6.Catatan menggunakan simbol, lambang, rajah dan lakaran grafik. 
7.Menpunyai tanda seperti garisan, bulatan dan sebagainya untuk menunjukkan perkara yang penting dan perlu pertimbangan / perhatian khas.

CARA MENCATAT NOTA DARIPADA APA YANG DIDENGAR

a)Suara
- Guru biasanya menukar nada suara yang berbeza untuk memberikan penekanan kepada sesuatu isi penting.
b)Kelajuan Penyampaian Oleh Guru
- Guru akan mempercepatkan atau memperlahankan kelajuan bercakap yang membezakan kepentingan isi yang diperkatakan atau dihuraikan 
c)Penekanan Kepada Fokus Pengajaran
- Guru akan menyatakan dengan jelas fokus utama pelajaran seperti “tiga perkara utama” , “empat kesan langsung” , “tiga faktor penting” dan sebagainya.
d)   Bahan Bantu Berkesan
   -Guru menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan seperti papan tulis, aplikasi komputer bagi menyatakan isi penting dan maklumat yang harus dikuasai.

No comments:

Post a Comment