Saturday, April 7, 2012

PENGURUSAN MASA

1)Perkara Positif Dan Negatif Tentang Masa

 
2)Proses mengurus masa
a)Tindakan 1 :
- Tetapkan Matlamat / Objaktif Jangka Pendek @ Panjang :
·      Spesifik
·      Realistik
·      Senaraikan Mengikut Keutamaan

b)Tindakan 2 :
·      Senaraikan perkara yang perlu dibuat
·      Tetapkan keutamaan untuk perkara yang disenaraikan
·      Keutamaan A (perkara patut dibuat)
·      Keutamaan B (perkara boleh ditangguh dahulu)

c)Tindakan 3 :
- Senaraikan tugas harian / mingguan
·      Ibadat umum
·      Ibadat khusus
·       Istirehat dan tidur
·      Makan dan minum
·      Bersama keluarga
·      Membersih dan menghias diri

d)Tindakan 4 :
- Bertindak mengikut segala perancangan dan segala halangan dihadapi dengan bersungguh-sungguh.

        e)Tindakan 5 :
§  Membuat penilaian semula
-    Waktu manakah paling berkesan dan kenapa?
-    Apakah kemungkinan yang telah anda buat tetapi tidak diperlukan lagi?
-    Di manakah peluang anda untuk meningkatkan kecekapan ?
-    Apakah perlakuan baru yang perlu anda teruskan?

3)Mengapakah Anda Perlu Pengurusan Masa
    a)Mengelakkan anda membazir masa
    b)Membolehkan anda menyiapkan tugasan dengan tenang dan seronok
    c)Menghasilkan kerja yang baik dan berkualiti
    d)Mencapai matlamat dan cita-cita anda
    e)Melatih diri supaya tidak lalai dengan urusan kehidupan


4)      Membuat Jadual Waktu Sendiri
Aktiviti Pelajar Dalam Seminggu (168JAM)


KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA

PENGENALAN:

Nota ialah catatan bertulis tentang tajuk, perkara yang didengar, dibaca atau dipelajarinya untuk rujukan pada masa hadapan.

1.Catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan tajuk atau perkara yang dibaca atau didengar.

2. Pelajar yang pintar mesti mencatat ajaran guru, bahan bacaan yang ditatap pada buku teks, buku rujukan, atau bahan pengetahuan yang didengar dalam seminar atau daripada radio dan televisyen.
MATLAMAT:

1.Pelajar mengetahui bahawa semua nota pasti dapat dirujuk dari semasa ke semasa dan di merata tempat.

2.Oleh sebab itu, semua nota atau catatan perlu ditulis atau disimpan dalam buku kecil yang disebut “Buku Nota”. Buku Nota ini kecil dan comel supaya mudah disimpan dan dibawa.
APA YANG DI PERLU DIBUAT PADA NOTA:

1.Anda perlu mencatat nota semasa mendengar guru mengajar, membaca dan mengulang kaji pelajaran.

2.Anda perlu mencatat nota untuk membantu memahami pelajaran, mengingat, menyimpan maklumat dan isi-isi penting.

3.Kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran mendengar, membaca pantas dan menulis 

4.Peringkat penulisan nota ialah nota sebelum kelas, semasa kelas, tambahan dan pindaan.

5.Sumber untuk membuat nota diperoleh dari buku, guru, rakan-rakan serta program televisyen, radio, internet dan sebagainya.

CIRI-CIRI CATATAN NOTA YANG BAIK

1.Mengandungi rangka kasar perkembangan ceramah /pengajaran.

2.Terdiri daripada isi-isi penting.

3.Tulis / catat dengan pantas, ringkas dan padat.

4.Catatan terang, boleh dibaca dan mudah difahami.
5.Catatan perlu mengandungi butiran rujukan seperti tajuk, nama penceramah/ guru dan tarikh.
6.Catatan menggunakan simbol, lambang, rajah dan lakaran grafik. 
7.Menpunyai tanda seperti garisan, bulatan dan sebagainya untuk menunjukkan perkara yang penting dan perlu pertimbangan / perhatian khas.

CARA MENCATAT NOTA DARIPADA APA YANG DIDENGAR

a)Suara
- Guru biasanya menukar nada suara yang berbeza untuk memberikan penekanan kepada sesuatu isi penting.
b)Kelajuan Penyampaian Oleh Guru
- Guru akan mempercepatkan atau memperlahankan kelajuan bercakap yang membezakan kepentingan isi yang diperkatakan atau dihuraikan 
c)Penekanan Kepada Fokus Pengajaran
- Guru akan menyatakan dengan jelas fokus utama pelajaran seperti “tiga perkara utama” , “empat kesan langsung” , “tiga faktor penting” dan sebagainya.
d)   Bahan Bantu Berkesan
   -Guru menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan seperti papan tulis, aplikasi komputer bagi menyatakan isi penting dan maklumat yang harus dikuasai.

TEKNIK BELAJAR

SQ3R
1.  SURVEY (TINJAU)
- Baca tajuk, tajuk kecil dan rumusan suatu bab
- Dapatkan gambaran secara kasar
2.  QUESTION (SOAL)
- Bina soalan seperti apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa, bila dan sebagainya
3.  READ (BACA)
- Baca bagi mendapatkan idea, mengumpul fakta dan memahami keseluruhan atau bab.
- Gunakan idea atau fakta itu bagi menjawab soalan yang sudah dibina.
4.  RECITE (LAFAZ)
- Baca, ingat, tutup buku, ingat dan buka buku semak semula. Jika tidak ingat, ulang proses yang sama.
5.  REVIEW (ULANGKAJI)
 - Catat semua fakta atau isi penting
- Buat nota ringkas, peta minda, peta konsep, carta aliran, kad istillah dan sebagainya .


OK4R
1.      OVERVIEW (GAMBARAN KESELURUHAN )
§  Sediakan bahan untuk dibaca misalnya satu bab daripada buku teks atau buku rujukan
§  Baca bahan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran hubungan antara topik, subtopik dan susunan bahan secara umum.
§  Baca tajuk utama, tajuk-tajuk kecil dan rumusan pada akhir bab.
§  Pembacaan adalah bagi mendapatkan gambaran umum berkenaan dengan bab yang sedang anda baca.

2.      KEY IDEAS (IDEA KATA KUNCI)
§  Kenal pasti perkataan utama atau kata kunci dalam setiap tajuk, subtajuk dan rumusan yang sudah anda baca. Langkah ini membolehkan anda mendapatkan sedikit idea berkenaan dengan bahan yang anda akan baca.
§  Tukar tajuk atau subtajuk daripada bentuk kenyataan kepada bentuk soalan.
3.  READ (BACA)
§  Baca secara intensif bagi mengumpul kata kunci, fakta atau isi-isi penting yang ada dalam bab yang dibaca.
§  -Kenal pasti di mana letaknya jawapan bagi soalan yang dikemukakan derdasarkan tajuk atau subtajuk. Cuba perhatikan cara idea kata kunci disokong oleh fakta atau isi-isi penting.
4.  RECALL (MENGINGAT KEMBALI )
§  Selepas membaca, pastikan sama ada anda dapat mencatatkan semua kata kunci dan isi-isi penting yang sudah dikenal pasti.
5.  REFLECT (IMBAS KEMBALI)
§  Imbas semua kata kunci dan isi-isi penting daripada bab yang sudah dibaca.
§  Sesuaikan kata kunci dan isi-isi penting itu dengan olahan atau susunan yang serasi dengan anda seperti dalam bentuk peta minda, peta konsep, carta aliran, jadual dan sebagainya.
6.   REVIEW (ULANGKAJI)
§  Lihat semula bab yang sudah dibaca beberapa kali secara sepintas lalu.
§  Aspek ini perlu diberi penekanan dan dibuat secara berterusan supaya anda dapat memastikan tiada kata kunci dan isi-isi penting yang tertinggal. Lengkapkan catatan anda.

PETA MINDA

1.      Peta minda merupakan suatu alat bantu belajar.
2.      Jika mengulang kaji pelajaran hanya membaca teks, kita menggunakan bahagian kiri otak -  membebankan.
3.      Jika bina peta minda - sesetengah topik, aspek atau fakta kompleks /sukar - jadi lebih mudah faham & ingat - sebab melibatkan bahagian kanan otak – sebelah kaki susah berjalan & dua belah kaki senang berjalan
4.      Peta minda – kaedah membuat & mengingat nota yang berkesan.
5.      Peta minda merupakan satu kaedah membuat nota yang menitikberatkan lakaran, bahan grafik dan kata kunci.
6.      Manfaat Peta Minda
- Maklumat tersusun ikut kreativiti sendiri
- Meningkatkan ingatan - libat pelbagai deria & bahagian otak
- Merangsang kemahiran menyusun (yang mudah difahami)
- Membuat perkaiitan maklumat dengan cepat.
7.      Langkah-langkah membina Peta Minda:
(a)   
Baca dan fahami teks dengan teliti
(b)  
Senanaikan topik utama dan isi-isi topik berkataan (guna huruf besar)
(c)
Lukis peta minda di tengah untuk topik utama dan cabang-cabang untuk isi (guna kata kunci)
(d)  
Gambar rajah, simbol, warna bentuk atau garisan berwarna digalakkan.






ASPEK AKADEMIK TINGKATAN 1




PAKEJ TINGKATAN 4

Aspek Akademik Tingkatan 4

Tuesday, April 3, 2012

Laporan Majlis Taklimat Dan Akur Janji Pelajar MPV Ting 4 - Taklimat Laluan Pendidikan Dan Prospek Kerjaya

Tarikh : 20 Februari 2012

Hari : Isnin 

Masa : 9:30 - 12:00 t/hari

Tempat : Bilik Seri Anggun

Sasaran : Pelajar4 Ikhlas & Rajin & Ibu Bapa

Anjuran : Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Objektif
  • Merapatkan hubungan Silaturrahim antara murid dan guru 
  • Mengetahui syarat kelayakan dan peluang pendidikan yang berkaitan
  • Mengetahui prospek kerjaya bagi landskap dan katering
Aktiviti :

  • Untuk melihat peluang pendidikan,Pn. Tan memulakan taklimat dengan mengajak murid dan ibu bapa merujuk kepada mata pelajaran yang diambil oleh murid. Jurusan Sains dan Sastera mempunyai peluang yang berbeza.

  •   Pengambilan adalah berasaskan Prinsip Meritokrasi iaitu :
    Program Diploma IPTA ialah:
  •       90% markah akademik + 10% markah  kokurikulum

    Program Sijil & Diploma TEVT & ILKA ialah:

  • 75 % Markah Akademik + 10 % Markah Kokurikulum + 15 % SES (Pendapatan + Tanggungan + Tempat Tinggal) 


  •  Kelulusan yang tinggi mungkin tidak menjamin kerjaya yang diceburi mendapat gaji yang tinggi. Tetapi kelulusan yang tinggi dapat memberi seseorang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran untuk menceburi bidang kerjaya yang diminati. Oleh itu, kelulusan mempunyai perkaitan yang rapat dengan prospek masa depan.


Contoh jenis Kursus Diploma yang berkaitan adalah:
 
      Diploma Pengurusan Ladang
      Diploma Pengajian Perniagaan
      Diploma Pengurusan Hotel
      Diploma Pengurusan Pelancongan
      Diploma Seni Kulinari
      Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
      Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
      Diploma Sains Kejururawatan
      Diploma Pengurusan Sumber Manusia
      Diploma Seni Bina Lanskap



Contoh jenis Kursus Sijil dan Diploma yang berkaitan adalah:

      Sijil Teknologi Landskap
      Sijil Lanjutan Teknologi Penyediaan Pastri
      Kejuruteraan
      Seni Bina
      Pengurusan Hotel dan Katering
      Perkhidmatan Makanan
      Diploma Teknologi Binaan (DKM Tahap 1- 4)
      Sijil Teknologi Penyediaan Makanan
      Sijil Wakil Pemasaran – Pengedaran Makanan (Tahap 2) 


  • Bahagian Pengambilan Kemasukan Pelajar (BPKP) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan satu Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program ke IPTA yang bernama iMASCU untuk calon di laman sesawang